Sunday, 30 October 2016

DIPLOMA SAINS KOMPUTER UITM

Assalamualaikum dan selamat malam.. Selamat datang ke UITM MELAKA KAMPUS JASIN.. Haii setelah berkurun lamanya kan.Kita jumpa lagi di sini.Harini saya nak cerita tentang diploma sains komputer di UITM.Mungkin apa saya pelajari berbeza dengan orang lain.Mungkin sebab berlainan universiti.Apa yang akan saya ceritakan sepenuhnya berdasarkan pengalaman saya sendiri yang baru sahaja habis semester satu.Amaran!! semester satuuu!!

Okay apa yang hangpa semua akan belajar dalam semester satu UITM adalah:

ACC106-account(sama macam apa yg budak form 4& form 5 belajar)
CSC118-fundamental of algorithm development (flowchart and pseudocode-sesiapa yang ambil it tau rasanya)
CSC128-fundamental of computer problem solving (belajar bahasa komputer iaitu C++)
CTU101-agama islam
MAT133-pre calculus (macam addmath tapi lagi senang)
ELC121-English
ada lagi satu ni subjek koko kalau aku aku dapat kesatria koko aku.. subjek koko ada exam gak.. ada ujian kawad,fitness,dengan bertulis.

kalau kat uitm jasin,melaka ni cuma ada dua kos diploma subjek sains komp.dan subjek perladangan.. yaa,it's totally different thing and two different world.Sampaikan kalau kau tengok je kau boleh tau lah apa kos yang dia ambil. Jaranglah teka salah.

Untuk adik-adik yang tgh risau pasal UPU.Tak tau nak pilih mana??Korang buat research banyak-banyak sebelum klik okay? jangan menyesal kemudian hari.Buat pilihan eok-elok jangan pakat main hentam je. Pendapat saya, untuk adik-adik yang berminat untuk sambung belajar dalam bidang sains komputer yang tak ambil subjek it waktu spm dan mungkin ambil sains tulen macam saya.

Jangan nak gelabah ayam sangat(gelabah ayam??).. Apa-apalah yang penting nak cakap tak yah risau sangat.Korang boleh jadi lagi hebat dari budak yang ambil it.. Serius ni.Pedulikanlah kalau orang kata susah apa semua.Yang penting sekarang diri masing2. Belajar semua tak senang dik.Nama pun belajar.Apa yang penting korang kena bersedia untuk belajar benda baru dan sentiasa bersemangat ingin tahu.Jangan terlampau berharap dengan pensyarah.Dh habis dah zaman korang kena suap..

It's time for you to learn how to be independant.Bagi saya sains komputer senang dari biologi,kimia dan semua benda2 sains tu.Tapi sebenarnya tu semua bergantung pada minat masing-masing.Oklah cuma nak cakap selamat mencari bidang yang kena dengan jiwa anda semua.. Doakan saya dekan sem ni..Apa-apa soalan pasal sains komputer atau uim jasin boleh roger kat komen bawah.. k bye..
Assalamualaikum,semoga ketemu lagi.