Tuesday, 19 April 2016

sambal belacan paling sedappp!!

Assalamualaikum, harini nak kongsi resepi sambal belacan yang kalau makan sambal belacan ni memang rasa macam masuk dunia lain lah.. sedap yang amatt!! Hahaha.. yang paling penting pedas berasap..

Jadi kita tak perlu cerita banyak2.. kita teruskan je dengan resepinya ya??

Bahan-bahan yang diperlukan:

 Bahan kering
belacan lebih kurang besar 2 kali ibu jari
segenggam ikan bilis

Bahan Basah
sebatang lada merah
6-8 cili padi (suka hati ikut selera nak pedas macam mana)
sebiji bawang merah
separuh tomato

Cara- caranya
1.panaskan minyak dalam kuali
2.goreng ikan bilis sampai garing
3.tumbuk ikan bilis (pakai lesung batulah jangan guna buku lima pula)
4.goreng belacan,tumbuk
Dah habis buat bahan kering baru buat barang basah
5.goreng bawang besar sampai layu,tumbuk
6.goreng lada merah sampai kulit dia tu melecur,tumbuk
7.goreng cili padi,tumbuk
8.last sekali goreng tomato, tumbuk.

okay? selamat mencuba.. baik2 sewaktu menumbuk sambal belacan ya??
Tak perlu ikut turutan.. yang penting buat bahan kering dulu baru bahan basah supaya nanti senang nak tumbuk dan tak terpercik2..
lagi satu tak perlu tutup api lepas goreng setiap bahan.. bazir waktu... sambil goreng sambil tumbuk okay??

okay.. assalamualaikum.. selamat berjaya

Thursday, 14 April 2016

Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2016/2017



Assalamualaikum berita masih hangat untuk pelajar2 lepasan SPM yang memohon untuk ke kolej matrikulasi.. Pelajar lepasan SPM sudah boleh menyemak keputusan permohonan anda boleh klik sini untuk menyemak keputusan permohonan anda..

Apa-apa pun tahniah kepadaa yang berjaya dan jangan putus asa kepada yang tidak berjaya.. Anda masih ada peluang untuk menyambung pelajaran.. boleh cek untuk tawaran kemasukan ke tingkatan enam pula.. mana tau rezeki anda di situ..

Dan nak bagitau kalau dah dapat matriks tak dapat form 6 tau.. vice versa

Assalamualaikum