Monday, 21 March 2016

PROJEK SELEPAS SPM

Assalamualaikum dan selamat malam.. Dah bosan dengan aktiviti makan tidur  di rumah apa kata cuba pula yang ini.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat oleh pelajar lepasan SPM.

1.AKTIVITI LASAK
Tak perlulah yang lasak bukan main macam pergi berkhemah kat hutan ke apa. Buat je apa yang mampu.Apa-apa aktiviti luar macam mendaki bukit, memancing, memanah, berbasikal.
Paling tidak pun jogging/berjalan kaki keliling taman perumahan.Sesiapa yang berminat bolehlah tekan link2 di bawah yaa..

1. 7 lokasi mendaki sekitar Lembah Klang untuk diteroka pencinta aktiviti mencabar
2. 10 Bukit Di Semenanjung Yang Kaki Hiking Wajib Panjat 'At Least' Sekali
3. SKYTREX ADVENTURE Melaka, Langkawi, Shah Alam

2.BELAJAR MEMANDU
Tidak dapat dinafikan masa terluang paling banyak mestilah ketika kita menunggu tawaran ke universiti. Memilih untuk belajar memandu adalah pilihan yang bijak.Kalau saya, saya ambil masa lebih kurang tiga bulan nak habis belajar memandu itupun sebab dah gagal dalam trek dan on the road dulu.Berita baik saya dah lulus tadi..Alhamdulillah.Kalau anda tidak gagal macam saya, boleh habiskan belajar memandu hanya dalam masa 2 bulan. Kepada yang bekerja jangan risau. Guru yang mengajar anda akan menyusun jadual kelas memandu mengikut waktu cuti anda semua.Sesiapa yang baru belajar atau yang dah nak amik ujian ke apa2.. tiba2 pula amnesia tak ingat semua benda.. boleh tekan link ni.. kalau hangpa nak tanya apa2 soalan boleh direct terus ke email airia98@gmail.com .. saya sedia membantu..

3.KRAF TANGAN
Okay kalau sebut kraftangan apa yang anda bayangkan? bakul daripada surat khabar dan seumpamanya.. Tapi saya nak memperkenalkan sesuatu yang mungkin tak ramai tau.. Dan agak berbeza..iaitu DIY DIAMOND PAINTING.. Kalau yang macam saya beli dalam satu kotak tuu dia sediakan semua diamond yang diperlukan+pengepit(macam dlm gambar)+tempat letak diamond..
Harga bergantung pada saiz.. Nanti kalau dah siap tampal semua diamond tuu jadilah gambar permandangan/ apa2 sahaja mengikut apa yang kita order. KESABARAN+KETABAHAN sangatlah diperlukan. Kalau ada kanak2 kecil dirumah pastikan ia disimpan ditempat yang tak dapat dicapailah ya.caranya senang je.buka sticker putih macam gambar kiri, tampal diamond mengikut no yang diberikan. setiap paket diamond akan ditulis nombor. senang sahaja..
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah berurusan dengan Eyna Memey yaa.. sebelum ni saya beli daripada dia..

google: hasilnya boleh dibingkaikan(frame)

gambar google

4.BEKERJA
Ramai juga yang memilih untuk bekerja.Selalunya pelajar lepasan SPM akan bekerja di pasaraya, restoran, kilang dan lain2 lagi. Yang ni pun OK juga daripada duduk rumah menganggur makin lama poket makin kempis. Badan makin naik.Dapat pengalaman dan gaji. Cuma kalau nak bekerja ni kena cari cepat2 lah ya..kalau bekerja dapat belajar benda baru, berkenalan dengan orang lain dan macam2 lagi.. Tak reti nak cakap apa dah sebab saya tak bekerja.. hanya menanam anggur khayalan yang semestinya tidak akan berbuah.. huhuhu

5.BELAJAR MEMASAK
Hah yang ni jangan nak tunjuk kat kaum wanita je.. Lelaki pun penting juga belajar memasak ni tau.. sebab lelaki perempuan dua2 ada perut. Tak kisahlah nak belajar dari mak ke kakak ke abang ke atuk nenek semua pun boleh.. Paling tak pun taip jelah menu yang nak masak tuu kat google.. Hah keluar lah segala macam versi masakan..memasak tak semestinya sesuatu yang berat macam lauk pauk.. boleh jadi belajar membuat kek cawan(cupcake), cake, pastry, ais krim.. apa2 je yang kita rasa nak buat.. Kalau nak best lagi pergi kelas memasak.. tapi kenelah keluar duit

6. BELAJAR KEMAHIRAN
belajar jahit baju, langsir, cadar dan macam2 lagi.. Boleh join mana2 kelas menjahit.. Selain daripada itu, boleh join kelas komputer atau kelas Bahasa inggeris.. memandangkan permintaan kebolehan berbahasa inggeris untuk mendapatkan pekerjaan sekarang adalah amat tinggi ..kelas fotografi pun best jugak..Boleh juga belajar bermain alat musik seperti keyboard, gitar, violin dan lain2..

1. Fototeacher (photography class)
2. Belajar mengenai fotografi online
3. Kelas menjahit TANPA yuran bulanan
4. Smartskill (kelas menjahit)
5. Easy way to learn keyboard by MINTMUSIC
6. Tarmizi Shukri (photography tips)


ok.. sekarang dah dapat idea ke belum nak buat apa??
nak diingatkan ya.. admin tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dihadapi

selamat malam
assalamualaikum

khairiah