Wednesday, 3 February 2016

Cara paling senang untuk buat ais krim yang sedap!!!

IMG_20160203_132300.jpg
Assalamualaikum.. Jadi harini chef khairiah (hehehe.. perasan) nak berkongsi resepi nak buat ais krim.. Yelah sekarang cuaca panas tapi kalau nak beli ais krim tiap2 hari mahu kering poket.. kalau kita buat sendiri lagi puas hati... nak letak kacang, letak oreo, letak ceri, letak apa2 pun boleh.. kalau nak beli kat luar.. mmg taklah...aku cuba resipi dari sini.

resepi homemade ice cream yg ringkas...

Bahan-bahan:
1.sebiji telur (basuh)
2.satu tin susu cair
3. 1/2 tin susu pekat
4.satu sudu besar ovallete
5.satu sudu kecil esen vanilla
5. apa2 perisa kesukaan (oreo, strawberry,blueberry, chocolate, coffee,etc)

cara-caranya:
1. masukkan telur, susu cair, susu pekat, esen vanilla dan ovallete dalam mixer.
2.putarkan bhn2 tadi selama 15-20 min (mula2 putar akan nampak macam berbuih-buih lps tuu akan jadi pekat n likat)
3.tambahkan perisa,kacau dengan sudu sampai sebati.
4. masukkan dalam peti ais

kalau nak buat byk perasa boleh bahagikan dalam mangkuk dulu bhn yg dah diputar.. baru letak perisa..


IMG20160202134549.jpg
1. masukkan dalam mixer
IMG20160202135108.jpg
2. sampai pekat





perisa tuu beli yg kat kedai bakeri yg ada tulis PASTE/emulco.. Contoh "strawberry paste"dan chocolate emulco.. jgn beli yg colour.. kalau yg colour tuu tak ada rasa.. ok? tak tau nak beza susu cair/ susu pekat? tgk label.. kalau tak phm juga.. gocang tin tuu.. kalau dengar bunyi air.. maksudnya tuu susu cair.. kalau tak dengar.. tuu susu pekat.. Kalau nak buat perasa oreo.. hancurkan orea tuu.. takpun beli oreo yg dah siap hancur ..pastu tabur je dekat bhn yg dah diputar tadi.. gaul sebati.. Ovallete tuu warna oren tau.. Cari dekat kedai bhn2 kek.. kalau tak jumpa juga tanyalah pekerja2 kat situ.. selalu mmg ada..

IMG20160202205949.jpg

ni yang saya buat.. kalau tak ada bajet nak bg hadiah kat kawan bg je ais krim ni .. cukup.. kalau sayalah, yang kawan buat dengan tgn sendiri tuu lg bermakna..walaupun tak sesedap Baskin Robbins dan seangkatan dengannya..

oklah , selamat mencuba..
-khairiah-



 

No comments: