Wednesday, 24 February 2016

saya melayu pure!!



Assalamualaikum dan selamat malam..  Harini nak cerita sikit pengalaman berjumpa dengan orang-orang yang aku tak kenal sepanjang aku belajar memandu dan cerita-cerita lain.. Ada lah satu cerita lawak.. Haritu ada satu akak ni .. dia dah lama belajar tapi postpone lama baru datang balik..

Lepastu, haritu ada aku, dia, seorang bangla, dan seorang lagi lelaki sebaya dengan aku.. Untuk pusingan pertama cikgu kitaorang suruh bangla tuu yang bawak aku duduk sebelah dia... akak tu duduk belakang.. Jadi aku cakap-cakaplah dengan bangla tuu lepas ni macam ni pastu macam tuu bla2.. Memandangkan dia macam blur2 lagi.. hahaha.. suka hati aku je... tak sedar diri.. taklah maksud aku dia lupa macam mana nak buat.. aku tolonglah sikit2..

tetiba.. akak tuu bersuara.. tau apa dia tanya??.. serius aku tak boleh lupa.. "Korang ni adik beradik ke?" dan aku dengan terkejutnya.. "Hah? taklah bukan adik beradik".. aku tak taulah macam mana ekspresi muka aku waktu tuu.. aku dengan pikiran yang baik.. mungkin akak ni tak tau dia ni bangla..

Tapi tetiba aku terfikir pulak.. ke muka aku ni dah gelap sangat.. mungkin sebab aku terpakai tersangat simple kut harini.. aku pandang side mirror kiri.. Tapi aku rasa taklah teruk sangat.. ada Nampak mcm orang bangla ke aku ni? masya Allah sedihnya.. Aku ni org melayulah.. pergi Bangladesh pun tak pernah.. Itulah kali pertama aku bercakap dengan warga asing.. Mungkin sebab nampak aku mesra cakap dengan Bangladesh tuu.. tapi.. aku rasa macam biasa je..

Payah weh.. lepastuu aku cerita kat cikgu aku.. kitaorang pun gelak kikikiki... dua orang bawah pokok.. hahaha.. serius ni.. lepas tu.. cikgu aku cakap .. dia tak tau nak cakap apa lah tuu.. aah kan ... aku lupa nak salam perkenalan dengan dia.. tapi aku tak boleh lupa.. akak tu sempoi je.. serius best bercakap dengan akak tuu.. Tapi bila dah lama2 bercerita.. aku dapat tahu yang dia sebenarnya tau yang lelaki yang dia kata adik beradik aku tuu bangla.. adushhh.. parahhh

Walaupun salam perkenalan aku dengan dia agak tragis.. tapi bestlah.. dia peramah dan baik orangnya.. baguslah bercakap dengan aku yang selalu kekeringan idea bila nak berborak.. Hehehe..
Waktu tuu aku pakai kasut sukan, seluar hitam, t shirt merah  dan tudung hitam sarung.. gila tak? aku pakai tudung sarung.. tak gilalah bagi aku.. tapi gila bagi orang lain.. hahaha.. apa2 lah.. aku mmg bukan hijabista.. tutup je apa yang kau perlu tutup.. kalau rajin pakai cantik sikit.. kalau tak kita sarung jelah cik oii..

.........the end..............

No comments: