Friday, 26 February 2016

AHLI ONCIDIUM WAJIB BACA NI!!!

Assalamualaikum dan selamat malam.. Hahaha.. akhir-akhir ni aku selalu tulis blog malam-malam.. Entahlah malam baru ada 'feel' kot..  hehehe..

Memandangkan hari sukan seseri nak dekat.. Jadi aku dengan ringan tangan menaip satu entry untuk korang.. Dulu, waktu nak menjelangnya hari sukan.. Aku ada satu masalah besar.. Pasukan kawad Onci tak cukup orang.. Hahaha korang mesti geram dengan aku kan.. Memandangkan aku ni bekas senior yang dulunya masuk kawad.. Aku pun join lah sama tiap kali diorang buat latihan walaupun aku bukan AJK Kawad tapi aku salah seorang Hi com..Aku kena turun padang juga tengok adik2 yang tercinta..hahaha

Aku join tapi aku tengok jelah.. Kadang-kadang tolong jerit sekali kalau kawad diorang terabur macam tahi.. Hahaha.. ingat dulu diorang cakap macam bunyi tahi lembu.. hahaha.. kejam... bukan aku yang cakap tuu.. Tapi semakin dekat hari sukan semakin berkurang orang.. ada yang langsung tak reti kawad... sakit etc.. Jadi bilangan ahli jadi sikit..  sampailah satu ketika.. paksa orang tuu.. paksa orang ni.. siap paksa senior2 sekali.. dah tuu nak buat macam mana? dahlah waktu tu junior memang sikit sebab ditolak lagi dengan junior yang join PISA... cikgu tak kasi diorang join aktiviti hari sukan sebab diorang kene fokus dengan exam tu.. Memanglah waktu tu genting gila.. aku siap pujuk lagi senior2..

Kau ingat senang? Siapa je yang suka kawad .. dengar kawad je pun dah tak sanggup.. dahlah penat.. kena jerit sana kena jerit sini.. lagi-lagi sekolah perempuan.. mestilah semua orang tak nak hitam.. dah macam sekolah tentera dah.. lainlah kalau orang ajak masuk sorak.. huhhh.. sampai satu ketika tak silap aku tinggal lagi satu tempat kosong.. memang yang satu ni payah gila weh.. siapa lagi yang rela? siapa yang tahu asas.. tak semua orang reti kawad.. lagi-lagi dalam waktu yang singkat tu.. tiada siapa yang rela pun..

Jadi aku dengan hati yang masih 50-50.. "takpelah aku join korang".. Jadi haritu aku jadi orang yang dijeritkan bukan orang yang menjerit.. seriously, bila ada kawan2 aku yang lalu aku rasa nak pakai purdah je.. erghhh!! gila sungguh gila.. tapi, ada suatu ketika ni bila kitaorang semua dihenyak-henyak.. dijerit-jerit... aku pun apa lagi.. aku tegur balik kawan aku yang bagi arahan.. serius, waktu tu rasa nak mati pun ada.. sakit hati beb.. semua orang berkawad cacarmarba dah.. takleh nak fokus dah.. emosi terganggu gilalah.. jadi dari situ aku belajar memahami perasaan diorang jugak.. kitaorang berlatih.. berlatih.. berlatih lagi..

Tapi tuu aku boleh tahan lagi.. walaupun waktu kene denda buat jalan itik yang boleh meyebabkan otot-otot kaki aku kejang.. aku okay.. aku boleh have fun dengan junior2.. aku dapat rasalah mana yang wonderpet kata "apa yang penting kerjasama" . junior2 tu diorang okay je dengan aku.. aku rasa lah.. tapi aku tak boleh tahan bila ada senior yang otak cetek.. erghh!! dah lah kat dalam surau.. cis!! Ni aku marah sangat ni!! erghh sebelum nak cerita ni pun aku dah rasa membara dah..

beberapa hari selepas aku jadi salah seorang ahli kawad Onci.. Adalah seorang hamba yang sangat prihatin dengan keadaan aku.. ya dia sangat prihatin.. *sigh.. Aku tak ingat apa yang dia cakap.. tapi maksud dia macam ni.."betul ke kau masuk kawad?" aku jawab aah.. #angkatkeningsebelah.." kau tak rasa memalukan diri ke masuk kawad tu".. sekarang faham tak kenapa aku cakap yang dia sangat prihatin dengan keadaan aku? lepas dia cakap tuu je aku terus angkat kaki.. yelah sebelum aku praktis taekwondo side kick kat dia dalam surau tuu.. kang tak pasal2 je..

Macamlah aku rapat dengan dia.. Kawan-kawan yang rapat dengan aku pun tak cakap apa-apa.. cehhh!! waktu tu aku anggap.. dia takut lah ni rumah aku menang .. aku dah nak dekat hari sukan.. semangat rumah aku memang berkobar-kobar.. pantang betullah orang yang tak fikir habis ni.. aku memang sampai ke sudahlah tak tau niat dia cakap macam tuu kat aku.. tapi aku rasa dia memang tak nak kitaorang menang .. hahh!! pastu dia ingat dia  cakap macam tuu aku akan keluar dari kawad? Jangan mimpi.. aku pun tak taulah macam mana aku boleh teruskan tanpa fikir pun nak keluar kawad.. aku memang dah setia lah waktu tuu.. takda goyah punya!! hahaha..

Tapi waktu tuu sebenarnya dia masuk pasukan sorak rumah.. dia memang bangga lah kut masuk sorak sampai dia rasa masuk kawad tuu memalukan.. ada ehh orang macam tuu.. tapi tu semua cerita lama .. aku dah maafkan dia tapi aku tak boleh lupa.. jadi aku tulis kat sini supaya orang lain tak buatlah benda yang sama.. meruntuhkan semangat orang lain.. sebab akhirnya pasukan sorak dia dapat no3.. kitaorang dapat no 2.. memang banggalah weh aku waktu tuu.. memang rasa seronok selepas diumumkan.. walaupun beza satu tempat je.. tapi apa aku kisah.. yang jelas lagi nyata aku menang kan? hahaha.. so childlish.. biarkan itu namanya semangat kesukanan.. wa kata sama lu..

Jadi pengajarannya.. kalau kau  nak buat sesuatu dan yakin kau boleh buat yang terbaik.. jangan pedulikan cakap-cakap orang yang macam aku cerita ni.. walaupun kadang2 kau rasa malu dan ego kau tercalar.. biarkan... tu semua syaitan.. hahaha.. bisikan syaitan yang tak nak kau berjaya..


Jadi ONCIDIUM tahun 2016 kene jadi johan lagi okay? kita juara bertahan kut.. tahun ni pun mesti ONCIDIUM jugak okay? tembak rumah lain.. hahaha.. walaupun korang rasa sibuk dan hampir gila nanti.. gila2 pun perlu berbaloi.. Banggakan KGR korang.. Biarkan ONCIDIUM kekal menjadi sebutan.. YEAHHH!! ONCIDIUM MESTI BOLEH!! KAWAD NOMBOR SATU OKAY!!.. okay sayang korang semua.. ikut cakap kapten okay!! jadi budak baik..

salam sayang
kak khai
ex s/u

dulu aku buat laporan utk fail rumah harini laporan dalam blog sendiri..
ALL THE BEST SESERIAN... FOCUS ON HOW  TO WIN !!

2 comments:

khadijah norizan said...

Khaiii!! aku Support kauu hahaha! S/U paling berjaya, sungguh. Success selalu ye Oncidium ! Fightinggg! :D
-KD

Nur Khairiah said...

Yeahhh!! Thanks khadijah... GO ONCI GO ONCI!!