Friday, 26 February 2016

AHLI ONCIDIUM WAJIB BACA NI!!!

Assalamualaikum dan selamat malam.. Hahaha.. akhir-akhir ni aku selalu tulis blog malam-malam.. Entahlah malam baru ada 'feel' kot..  hehehe..

Memandangkan hari sukan seseri nak dekat.. Jadi aku dengan ringan tangan menaip satu entry untuk korang.. Dulu, waktu nak menjelangnya hari sukan.. Aku ada satu masalah besar.. Pasukan kawad Onci tak cukup orang.. Hahaha korang mesti geram dengan aku kan.. Memandangkan aku ni bekas senior yang dulunya masuk kawad.. Aku pun join lah sama tiap kali diorang buat latihan walaupun aku bukan AJK Kawad tapi aku salah seorang Hi com..Aku kena turun padang juga tengok adik2 yang tercinta..hahaha

Aku join tapi aku tengok jelah.. Kadang-kadang tolong jerit sekali kalau kawad diorang terabur macam tahi.. Hahaha.. ingat dulu diorang cakap macam bunyi tahi lembu.. hahaha.. kejam... bukan aku yang cakap tuu.. Tapi semakin dekat hari sukan semakin berkurang orang.. ada yang langsung tak reti kawad... sakit etc.. Jadi bilangan ahli jadi sikit..  sampailah satu ketika.. paksa orang tuu.. paksa orang ni.. siap paksa senior2 sekali.. dah tuu nak buat macam mana? dahlah waktu tu junior memang sikit sebab ditolak lagi dengan junior yang join PISA... cikgu tak kasi diorang join aktiviti hari sukan sebab diorang kene fokus dengan exam tu.. Memanglah waktu tu genting gila.. aku siap pujuk lagi senior2..

Kau ingat senang? Siapa je yang suka kawad .. dengar kawad je pun dah tak sanggup.. dahlah penat.. kena jerit sana kena jerit sini.. lagi-lagi sekolah perempuan.. mestilah semua orang tak nak hitam.. dah macam sekolah tentera dah.. lainlah kalau orang ajak masuk sorak.. huhhh.. sampai satu ketika tak silap aku tinggal lagi satu tempat kosong.. memang yang satu ni payah gila weh.. siapa lagi yang rela? siapa yang tahu asas.. tak semua orang reti kawad.. lagi-lagi dalam waktu yang singkat tu.. tiada siapa yang rela pun..

Jadi aku dengan hati yang masih 50-50.. "takpelah aku join korang".. Jadi haritu aku jadi orang yang dijeritkan bukan orang yang menjerit.. seriously, bila ada kawan2 aku yang lalu aku rasa nak pakai purdah je.. erghhh!! gila sungguh gila.. tapi, ada suatu ketika ni bila kitaorang semua dihenyak-henyak.. dijerit-jerit... aku pun apa lagi.. aku tegur balik kawan aku yang bagi arahan.. serius, waktu tu rasa nak mati pun ada.. sakit hati beb.. semua orang berkawad cacarmarba dah.. takleh nak fokus dah.. emosi terganggu gilalah.. jadi dari situ aku belajar memahami perasaan diorang jugak.. kitaorang berlatih.. berlatih.. berlatih lagi..

Tapi tuu aku boleh tahan lagi.. walaupun waktu kene denda buat jalan itik yang boleh meyebabkan otot-otot kaki aku kejang.. aku okay.. aku boleh have fun dengan junior2.. aku dapat rasalah mana yang wonderpet kata "apa yang penting kerjasama" . junior2 tu diorang okay je dengan aku.. aku rasa lah.. tapi aku tak boleh tahan bila ada senior yang otak cetek.. erghh!! dah lah kat dalam surau.. cis!! Ni aku marah sangat ni!! erghh sebelum nak cerita ni pun aku dah rasa membara dah..

beberapa hari selepas aku jadi salah seorang ahli kawad Onci.. Adalah seorang hamba yang sangat prihatin dengan keadaan aku.. ya dia sangat prihatin.. *sigh.. Aku tak ingat apa yang dia cakap.. tapi maksud dia macam ni.."betul ke kau masuk kawad?" aku jawab aah.. #angkatkeningsebelah.." kau tak rasa memalukan diri ke masuk kawad tu".. sekarang faham tak kenapa aku cakap yang dia sangat prihatin dengan keadaan aku? lepas dia cakap tuu je aku terus angkat kaki.. yelah sebelum aku praktis taekwondo side kick kat dia dalam surau tuu.. kang tak pasal2 je..

Macamlah aku rapat dengan dia.. Kawan-kawan yang rapat dengan aku pun tak cakap apa-apa.. cehhh!! waktu tu aku anggap.. dia takut lah ni rumah aku menang .. aku dah nak dekat hari sukan.. semangat rumah aku memang berkobar-kobar.. pantang betullah orang yang tak fikir habis ni.. aku memang sampai ke sudahlah tak tau niat dia cakap macam tuu kat aku.. tapi aku rasa dia memang tak nak kitaorang menang .. hahh!! pastu dia ingat dia  cakap macam tuu aku akan keluar dari kawad? Jangan mimpi.. aku pun tak taulah macam mana aku boleh teruskan tanpa fikir pun nak keluar kawad.. aku memang dah setia lah waktu tuu.. takda goyah punya!! hahaha..

Tapi waktu tuu sebenarnya dia masuk pasukan sorak rumah.. dia memang bangga lah kut masuk sorak sampai dia rasa masuk kawad tuu memalukan.. ada ehh orang macam tuu.. tapi tu semua cerita lama .. aku dah maafkan dia tapi aku tak boleh lupa.. jadi aku tulis kat sini supaya orang lain tak buatlah benda yang sama.. meruntuhkan semangat orang lain.. sebab akhirnya pasukan sorak dia dapat no3.. kitaorang dapat no 2.. memang banggalah weh aku waktu tuu.. memang rasa seronok selepas diumumkan.. walaupun beza satu tempat je.. tapi apa aku kisah.. yang jelas lagi nyata aku menang kan? hahaha.. so childlish.. biarkan itu namanya semangat kesukanan.. wa kata sama lu..

Jadi pengajarannya.. kalau kau  nak buat sesuatu dan yakin kau boleh buat yang terbaik.. jangan pedulikan cakap-cakap orang yang macam aku cerita ni.. walaupun kadang2 kau rasa malu dan ego kau tercalar.. biarkan... tu semua syaitan.. hahaha.. bisikan syaitan yang tak nak kau berjaya..


Jadi ONCIDIUM tahun 2016 kene jadi johan lagi okay? kita juara bertahan kut.. tahun ni pun mesti ONCIDIUM jugak okay? tembak rumah lain.. hahaha.. walaupun korang rasa sibuk dan hampir gila nanti.. gila2 pun perlu berbaloi.. Banggakan KGR korang.. Biarkan ONCIDIUM kekal menjadi sebutan.. YEAHHH!! ONCIDIUM MESTI BOLEH!! KAWAD NOMBOR SATU OKAY!!.. okay sayang korang semua.. ikut cakap kapten okay!! jadi budak baik..

salam sayang
kak khai
ex s/u

dulu aku buat laporan utk fail rumah harini laporan dalam blog sendiri..
ALL THE BEST SESERIAN... FOCUS ON HOW  TO WIN !!

Wednesday, 24 February 2016

PENGALAMAN AKU GAGAL TEST JPJ..




Assalamualaikum .. jadi persoalan kita malam ni pengalaman apa yang kau, aku dan kita boleh beli? Boleh aku jawap? kalau aku... aku rasa tiada satu pun yang boleh dibeli.. Contoh yaa.. kau niat nak sertai satu kem.. lepastu kau pun bayar lah yuran penyertaan.. dah siap kau bank in duit semua.. tiba-tiba bila tiba hari yang kau tunggu tunggu tuu.. kau demam panas.. tahap kritikal lah.. nak bangun  pun tak mampu..

Jadi boleh ke pengalaman kau dibeli? Sama lah lebih kurangnya macam kes aku.. Tapi dalam kes aku.. bayar dah.. pergi pun dah.. jadi aku ada pengalamanlah kan? cuma satu je.. samaada pengalaman aku tuu seronok dikenang atau pahit dikenang?

aku dapat pengalaman pahit..
yaa.. ingat tak aku cerita yang aku akan ambil ujian jpj dalam entry lepas2 aku.. Betullah tuu.. aku dah ambil ujian tuu.. aku dah rasa dah debaran tuu.. tapi aku ditakdirkan untuk rasa lagi debaran tuu.. ya aku kene "repeat".. ulang ujian..

mungkin adalah hikmahnya kan?? Perasaan?Mestilah aku sedih, frust menonggeng, kecewa, dan lain2.. Mungkin orang lain pernah rasa jugakkan? tapi berapa peratus manusia yg sekarang ni dah boleh bawa kereta dengan lesen yang halal, yang mulanya dia gagal kedua-dua bahagian.. haishhh malu weh.. dua-dua pula tuu.. pada yang tak tau .. ujian jpj ada dua bahagian.. satu di dalam litar dalam institut memandu dan satu lagi di jalan luar yang memang ada kereta lalu lalang..

Kalau anda gagal salah satu.. hanya perlu ulang apa yang anda gagal sahaja.. kalau gagal bahagian dalam litar/trek perlu buat rpk dan rsm sekali lagi.. kesan gagal tu weh.. macam putus cinta.. hahaha.. cakap lebih.. taklah .. tapi macam nak gila jugak lah nak terima kenyataan.. bukan senang nak terima kenyataan yang kau kene tengok dulu orang lain Berjaya.. huhuhu sedih.. sadis... tragis..

kalau aku.. mula2 aku buat ujian kat jalan raya.. then aku gagal.. lepastu rehat.. aku rehat tuu tak dapat fikir apa dah.. asyik terngiang-ngiang je apa yg jadi waktu JPJ tuu duduk sebelah aku.. macam rakaman weh... nampak pula member yang belajar sesama dah lulus ujian motor.. lagi sedih..

lepas rehat tuu.. aku buat ujian rpn dan rsm.. lepas tuu buat ujian trek.. dimulakan dengan bukit.. pertama kali side mirror kene tepat2 dengan tiang.. fuhh lega.. kedua buat side parking.. yang ni gila.. aku cuak sbb terhon sebelum aku luruskan tayar.. waktu jpj tuu turun aku cepat2 betulkan tayar.. fuhhh.. nasib aku lepas.. tapi.. bila masuk selekoh Z aku dah KO.. tahap gelabah aku tak dapat dikawal lagi..

ditambah dengan amnesia aku yang tak bertempat.. lupa pula boleh berhenti kat selekoh Z asalkan tak mati enjin.. cuma dia potong markah je.. ambikkk.. aku naik divider.. memalukan.. waktu ni kau mula nak salahkan semua benda.. aku blur2 je waktu dia suruh keluar.. lama jugak lah aku tak bergerak.. hahaha.. memang otak aku dah jem waktu tuu.. menerima dua kegagalan dalam sehari..

bayangkanlah lepas selekoh Z tinggal selekoh S je.. lepastu habis.. sikit je lagi. tapi nak buat macam mana.. dah memang tertulis jalan cerita hidup aku hari tu macam tuu.. lepastu aku pergi hantar balik tag no.. dekat kaunter..

orang yang depan aku tuu lulus.. dah dapat P ..bestnya dia.. aku jalan pergi dekat cikgu aku di kantin.. dia tanya aku lulus tak.. aku cakap tak.. dia kata yang mana.. aku kata dua2.. dia terkejut.. tapi aku diam je.. serius aku tak boleh nak senyum dah waktu tuu.. otot muka aku lemah tak berdaya... dia cakap patutnya aku berhenti...bla2.. ada yang masuk otak ada yang tak.. sorry kak.. tak dapat dikawal..tapi cikgu aku dua orang tuu tak marah pun.. Aku nak cakap "sorry".. tapi malangnya aku tak mampu..

Dalam perjalanan nak hantar member yang dah lulus JPJ motor tuu... Cikgu aku menyakat.. "Hah kejap lagi pengsan lah tuu tadi tak makan.. tadi mak awak call kata awak tuu kurang darah.." hahaha.. cikgu memandai reka cerita kan? saja nak suruh saya bercakap kan? Cikgu tak sedih ke? Saya sedih.. Sebab tuu saya senyap je.. tapi saya gagahkan jugaklah mulut ni.. saya nak cakap tahniah kat member sebelah pun tak mampu.. saya mampu conteng je notes dekat telefon ni macam budak2 yang baru dapat pensil..

Cikgu cakap jangan sedih2.. jgn putus asa.. tau je kan saya mmg dah mula rasa penat.. ermmm.. cikgu siap offer nak singgah kedai makan.. hahaha.. saya kata takpe.. saya dah biasa.. cikgu seloroh pulak "Ohh dah biasa pengsan".. Alahai cikgu lawak betollah..   Lepastu cikgu siap belanja saya cendol.. hahaha.. serius sedap.. tau kan perut saya ni dah  buat konsert.." terima kasih"..

Tau tak kesan gagal ni buat berat aku turun sekilo.. sebab sehari jugaklah aku tak makan nasi esoknya.. entahlah.. lepastu mak siap tegur lagi muka takde seri.. jadi selama ni mesti muka aku berseri-seri bak puteri.. yang paling masalah.. aku takde mood nak bercakap.. aku balik2 dari test JPJ harituu.. lepas mandi rembat basikal adik pergi ronda2 taman sebelah.. hah bestnya angin petang.. memang aku buang tebiatlah haritu.. tak pernah2 aku naik basikal petang2 ni.. sebenarnya sengaja nak pujuk hati sendiri..takpelah,tak reti bawak kereta.. at least kau johan bawak basikal.. sebelah tangan je..walaupun kereta dan basikal sangatlah berbeza.. ingat aku kisah ke waktu tuu??

Nasib baiklah tulis entry ni lepas perasaan tuu dah reda.. Kalau tidak arwahlah laptop ni dikerjakan air mataku yang bagai ombak.. ermm, tak tau nak mula macam mana nanti... Lepas keluar keputusan SPM  lah ya kelas seterusnya.. saya nak "holiday' sekejap.. hehehe.. selamat malam .. terima kasih sudi baca..

"FAILURE MEANS YOU'VE TRIED"

pesanan: kepada sesiapa yang mengalami benda yang sama iaitu gagal test JPJ .. keep going and be strong.. dan kalau korang gagal salah satu antara on the road(jln kat luar) atau trek.. korang hanya perlu ambil ujian semula untuk apa yang korang gagal..

contoh kalau korang gagal on the road shj.. ulang on the road jelah.. takde dah buat rpk rsm dengan parking2 semua yang kat dalam litar tuu..

tapi kalau gagal litar shj.. korang kene ulang test utk rpk rsm dan litar.. tak perlu buat on the road lagi..

ada paham??

sekarang aku dah lulus..alhamdulillah.. thanks kpd sesiapa yg mendoakan juga.. minggu depan boleh lah dapat lesen P rasanya..

so? aku boleh.. anda mesti boleh jugak..
yeahh!! keep going!!


saya melayu pure!!



Assalamualaikum dan selamat malam..  Harini nak cerita sikit pengalaman berjumpa dengan orang-orang yang aku tak kenal sepanjang aku belajar memandu dan cerita-cerita lain.. Ada lah satu cerita lawak.. Haritu ada satu akak ni .. dia dah lama belajar tapi postpone lama baru datang balik..

Lepastu, haritu ada aku, dia, seorang bangla, dan seorang lagi lelaki sebaya dengan aku.. Untuk pusingan pertama cikgu kitaorang suruh bangla tuu yang bawak aku duduk sebelah dia... akak tu duduk belakang.. Jadi aku cakap-cakaplah dengan bangla tuu lepas ni macam ni pastu macam tuu bla2.. Memandangkan dia macam blur2 lagi.. hahaha.. suka hati aku je... tak sedar diri.. taklah maksud aku dia lupa macam mana nak buat.. aku tolonglah sikit2..

tetiba.. akak tuu bersuara.. tau apa dia tanya??.. serius aku tak boleh lupa.. "Korang ni adik beradik ke?" dan aku dengan terkejutnya.. "Hah? taklah bukan adik beradik".. aku tak taulah macam mana ekspresi muka aku waktu tuu.. aku dengan pikiran yang baik.. mungkin akak ni tak tau dia ni bangla..

Tapi tetiba aku terfikir pulak.. ke muka aku ni dah gelap sangat.. mungkin sebab aku terpakai tersangat simple kut harini.. aku pandang side mirror kiri.. Tapi aku rasa taklah teruk sangat.. ada Nampak mcm orang bangla ke aku ni? masya Allah sedihnya.. Aku ni org melayulah.. pergi Bangladesh pun tak pernah.. Itulah kali pertama aku bercakap dengan warga asing.. Mungkin sebab nampak aku mesra cakap dengan Bangladesh tuu.. tapi.. aku rasa macam biasa je..

Payah weh.. lepastuu aku cerita kat cikgu aku.. kitaorang pun gelak kikikiki... dua orang bawah pokok.. hahaha.. serius ni.. lepas tu.. cikgu aku cakap .. dia tak tau nak cakap apa lah tuu.. aah kan ... aku lupa nak salam perkenalan dengan dia.. tapi aku tak boleh lupa.. akak tu sempoi je.. serius best bercakap dengan akak tuu.. Tapi bila dah lama2 bercerita.. aku dapat tahu yang dia sebenarnya tau yang lelaki yang dia kata adik beradik aku tuu bangla.. adushhh.. parahhh

Walaupun salam perkenalan aku dengan dia agak tragis.. tapi bestlah.. dia peramah dan baik orangnya.. baguslah bercakap dengan aku yang selalu kekeringan idea bila nak berborak.. Hehehe..
Waktu tuu aku pakai kasut sukan, seluar hitam, t shirt merah  dan tudung hitam sarung.. gila tak? aku pakai tudung sarung.. tak gilalah bagi aku.. tapi gila bagi orang lain.. hahaha.. apa2 lah.. aku mmg bukan hijabista.. tutup je apa yang kau perlu tutup.. kalau rajin pakai cantik sikit.. kalau tak kita sarung jelah cik oii..

.........the end..............

Monday, 22 February 2016

Life is full with comparison..

Assalamualaikum and good evening... so what's the difference between you and the other person? Maybe, they have confident more than you, intelligent than you, more attractive than you, score more marks in exam than you, more fashionable than you, more creative than you..

feels sad huh?

so? what's the thing that I'm gonna talk tonight? This temporary world full with comparison. It has so many judges that have so many time to talk negative thing about you... They're trying to create something to push you down. They compare you with the person that look like a perfect person in their eyes.

I found something similar with this ...  they said "when someone do bad things to you, give them flowers but don't forget about the vase.. #jk Can you smile now? Keep calm and keep going.. You may feel insecure with the others that is better than you.. But, it's okay.. It shows that you have a dream to achieve what they have.

But sometime, nobody compare the other person with you... but. it's you.. youself.. But, don't worry it's normal... everyone would feel the same thing if they're in your shoes.. Am I right? However, the crucial thing is what your next action? keep going? or give up? or just stand still and hoping that you dream will becomes true by itself? You must make the decision. Nobody can make it for you.You are now teenagers or adults. It's your responsibility now.

You are not a little baby anymore.You need to choose your path. It's same with.. you want the ice cream in the freezer but you're in your room.However,you doesn't want go to the kitchen  Do you think that the ice cream will walk from the freezer and go into your mouth by itself? There is no such thing.

Nobody said that "LIFE IS EASY".. It depends on you.. keep moving and praying .. You can do it..
I am just a human with a lot of mistake. I am trying to cure my own heart and hoping that others will get something good here.. I am sorry if my language was not very good.. I am learning..

Friday, 19 February 2016

Let's do some revision about driving class.



Assalamualaikum, memandangkan tak lama lagi aku nak kene ambil ujian JPJ.. Jadi aku dengan ringan tangan nak mengulangkaji dengan hangpa semua.. Hahaha.. Mungkin ada calon lain yang baca entry aku kali ni? Harap membantulah ya.. Cara aku mungkin lain daripada apa yang cikgu hangpa semua ajar tapi tak mungkin terlalu sesat daripada apa yang korang belajar kan?

So? Let's get started!!
kanan dan kiri mengikut kedudukan pemandu yaa..
Awas:bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar bagi memudahkan pemahaman.
SUPER DETAIL REVISION!! Sebarang kerugian yang dialami pemilik blog tidak bertanggungjawab..

A.Parking sisi

1.Pastikan kereta dalam keadaan lurus.
2.Reverse kereta sehingga anda dapat melihat tiang pada cermin kecil di bahagian tingkap kiri penumpang,brake,free gear, lepas clutch.
3.Pusingkan stereng satu suku ke kiri, masuk gear reverse, lepas clutch sikit tekan pedal minyak sikit.
4.Tahan clutch, brake bila tayar belakang kanan HAMPIR dengan garisan putus-putus.
5.Pusingkan stereng ke kanan habis, masuk gear reverse, lepas clutch sikit.
6.Brake apabila tayar belakang kanan selari dengan ruang antara garisan putus2 yang terakhir.
7.Pusingkan stereng ke kiri habis, masuk gear satu, lepas clutch sikit.
8.Brake bila kereta lurus, free gear.
9.Luruskan tayar (pusingkan stereng ke kanan sampai tayar lurus)
10.Hon sekali, angkat tangan ke luar tingkap.
11.Pusingkan stereng ke kiri habis, masuk gear reverse, lepas clutch sikit dan brake apabila tayar belakang kanan kereta selari dengan ruang antara garisan putus2 yang terakhir.
12.pusingkan stereng ke kanan habis, masuk gear satu, lepas clutch sikit, tekan pedal minyak sikit, brake bila tayar belakang kanan terletak pada garisan putus2.
14.pusingkan stereng ke kiri 3 kali ke kiri, lepas clutch sikit, tekan pedal minyak sikit.
15.luruskan balik tayar sambil kereta bergerak.


pusing stereng ke kiri/kanan habis = pusingkan stereng ke kiri/kanan sampai dah tak boleh pusing lagi.







B.Pusingan tiga penjuru

1.Jalan lurus, brake apabila tiang selari dengan bahagian tengah kereta. free gear
2. pusing stereng ke kanan habis, masuk gear reverse.
3. pusing stereng ke kiri 2 kali apabila badan kereta lurus (sambil bergerak).
4.brake apabila kereta sudah masuk petak
5. masuk gear satu, jalan lurus sikit, pusing stereng ke kiri habis.


C. Selekoh Z

1.Jalan lurus sikit, pusing stereng ke kanan habis.
2.Biar sekejap, pusing stereng ke kiri habis.


D. Selokoh S

1. Jalan lurus sikit, pusingkan stereng ke kiri perlahan-lahan mengikut lengkungan jalan.
2. pusingkan  stereng ke kanan perlahan -lahan mengikut lengkungan jalan.

E. Bukit

1. Masuk gear satu, lepas clutch sikit, tekan lebih pedal minyak .
2. Brake apabila cermin sisi selari dengan tiang pertama, free gear
3. tarik handbrake sampai habis, lepaskan clutch dan brake kaki perlahan lahan
4. tekan clutch habis, masuk gear satu.
5. lepas clutch sikit, tekan(stabilkan bkn tekan macam nak ajak race) minyak sikit sampai kereta berhenjut.
6.turunkan handbrake cepat2, tekan brake kaki sikit 2.

HABISSS!! selesai lah kat trek..
Kalau ada salah.. minta tolong komen dibawah ya?
terima kasih..
 moga bermanfaat..

pastikan anda tidak membuat kesalahan mandatori yee..
mesti berhenti sebelum garisan putih, jangan langgar divider, jangan langgar garisan kuning sebelum divider..

jgn lupa bagi isyarat setiap kali nak keluar sebarang halangan.. ingat utk bg signal ke kiri tolak tuil signal ke atas.. utk bg signal ke kanan tolak ke bwh.. jgn jadi macam saya.. signal pun tak ingat pastu cikgu suruh balik tadika sbb tak kenal kanan kiri.. huhuhu

doakan saya lulus dalam ujian JPJ yaa?

Monday, 15 February 2016

Johor ada bendera baru ke?

 Image result for bendera johor



Assalamualaikum dan selamat tengah hari..  Jadi harini kita nak bercerita tentang bendera Johor.. Kenapa tiba-tiba? Sebabnya dulu aku ternampak banyak bendera yang bkn macam kat atas tuu kat Johor.. Aku pun jadi hairanlah.. Dah kenapa ni? Johor ada bendera baru ke memandangkan mmg aku jarang balik Johor aku jadi hampir yakin dengan telahan sendiri.. hehehe..

Tapi baru hari ini lah aku tahu apa sebabnya.. rupanya bendera yang kononnya aku kata bendera baru tuu bendera daerah muar rupanya... haishh malunyaa... walaupun bukan rakyat Johor tapi aku rasa sangat ketinggalan sebab k/p aku ditulis sebagai wargenegara..

tengok gambar bawah..

.
.
.
 
 
 
Itupun nasiblah aku jumpa satu entry di sini tentang khabar angin johor nak keluar Malaysia tu..
Ada yang senasib ?Hahaha buat malu je.
 

Friday, 12 February 2016

SENARAI BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN UNTUK MASUK ASRAMA..

Assalamualaikum  dan selamat petang.. Keputusan permohnan kemasukan ke MRSM dan SBP dah keluar.. Jadi mesti ramai yang sedang membuat persiapan akhir untuk masuk ke sekolah baru naik cuti raya cina ni kan? Jadi harini akak awak yang tak ada kerja ni nak tolong hangpa semua siapkan barang-barang..

Senarai barang keperluan ke asrama:
#sesetangah barang mungkin tidak digunakan oleh sesetengah orang.. jadi ikut keperluan sendiri ya?

1.toiletteries
sabun mandi,berus gigi, pencuci muka, sikat, bedak, minyak rambut, minyak Wangi, deodoran,

2.baldi

3. hanger (survey sekolah yang korang nak pergi tu sidai baju pakai hanger ataupun tak.. kalau sidai baju pakai hanger bawak lebih sikit)

4.tuala (wajib)

5.selipar (sangat penting)

6. sabun basuh baju

7.buku2 rujukan

8. baju basahan (baju yang pakai kat dorm)

9. makanan (suka hati lah nak bawak apa tp kalau seseri jgn bwk Maggie)

10.baju sekolah

11. kasut sekolah, stokin

12. dokumen yang diminta dalam surat tawaran

macam tak banyakkan? tapi percayalah bila dah mula kemas barang2 ni.. gayanya macam nak pindah rumah..Apa lagi yang tertinggal?? hmmm.. kalau nak Tanya apa2.. boleh je komen di bawah.. saya
sedia membantu..

Yang baru pertama kali nak masuk asrama.. pertama kali berpisah dgn keluarga.. jgn sedih2 okay? u can do it!! yeahh!!


Wednesday, 10 February 2016

Cara membersihkan kesan cat pada kulit TANPA menggunakan thinner..

Assalamualaikum... pagi tadi aku tolong mak aku cat taman dia.. Seronokkan? Tapi part yang tak seronoknya bila nak cuci tangan lah... cat kat tangan tuu... Ermm, jadi selalunya kita gunakan thinner.. tapi baik-baik kalau tuang banyak dan terus pada tangan boleh pedih tangan tuu..

Jadi harini aku ada cara lagi selamat, jimat dan cepat.. Tak perlu guna thinner lagi ..
Jadi nak guna apa? Kita guna minyak goreng.. Maksudnya minyak masak yang dah digunakan untuk menggoreng.. Senang je..

1. Tuang sikit minyak di atas tangan.
2. Gosok sedikit menggunakan kain supaya cepat hilang.
3. Basuh tangan menggunakan sabun.
4. Bilas sehingga bersih.

Siappp!! Senangkan?? Saya dah cuba anda bila lagi?
credit to Frizky Setya..
Aku jumpa tips ni dari frizky setya dari Indonesia..
Terima kasih..

Wednesday, 3 February 2016

Cara paling senang untuk buat ais krim yang sedap!!!

IMG_20160203_132300.jpg
Assalamualaikum.. Jadi harini chef khairiah (hehehe.. perasan) nak berkongsi resepi nak buat ais krim.. Yelah sekarang cuaca panas tapi kalau nak beli ais krim tiap2 hari mahu kering poket.. kalau kita buat sendiri lagi puas hati... nak letak kacang, letak oreo, letak ceri, letak apa2 pun boleh.. kalau nak beli kat luar.. mmg taklah...aku cuba resipi dari sini.

resepi homemade ice cream yg ringkas...

Bahan-bahan:
1.sebiji telur (basuh)
2.satu tin susu cair
3. 1/2 tin susu pekat
4.satu sudu besar ovallete
5.satu sudu kecil esen vanilla
5. apa2 perisa kesukaan (oreo, strawberry,blueberry, chocolate, coffee,etc)

cara-caranya:
1. masukkan telur, susu cair, susu pekat, esen vanilla dan ovallete dalam mixer.
2.putarkan bhn2 tadi selama 15-20 min (mula2 putar akan nampak macam berbuih-buih lps tuu akan jadi pekat n likat)
3.tambahkan perisa,kacau dengan sudu sampai sebati.
4. masukkan dalam peti ais

kalau nak buat byk perasa boleh bahagikan dalam mangkuk dulu bhn yg dah diputar.. baru letak perisa..


IMG20160202134549.jpg
1. masukkan dalam mixer
IMG20160202135108.jpg
2. sampai pekat





perisa tuu beli yg kat kedai bakeri yg ada tulis PASTE/emulco.. Contoh "strawberry paste"dan chocolate emulco.. jgn beli yg colour.. kalau yg colour tuu tak ada rasa.. ok? tak tau nak beza susu cair/ susu pekat? tgk label.. kalau tak phm juga.. gocang tin tuu.. kalau dengar bunyi air.. maksudnya tuu susu cair.. kalau tak dengar.. tuu susu pekat.. Kalau nak buat perasa oreo.. hancurkan orea tuu.. takpun beli oreo yg dah siap hancur ..pastu tabur je dekat bhn yg dah diputar tadi.. gaul sebati.. Ovallete tuu warna oren tau.. Cari dekat kedai bhn2 kek.. kalau tak jumpa juga tanyalah pekerja2 kat situ.. selalu mmg ada..

IMG20160202205949.jpg

ni yang saya buat.. kalau tak ada bajet nak bg hadiah kat kawan bg je ais krim ni .. cukup.. kalau sayalah, yang kawan buat dengan tgn sendiri tuu lg bermakna..walaupun tak sesedap Baskin Robbins dan seangkatan dengannya..

oklah , selamat mencuba..
-khairiah-