Saturday, 16 January 2016

Jangan berhenti!! Teruskan!!

hidup sebagai remaja yang meningkat dewasa...
memang banyak cabarannya..
jika kau bunga yang cantik kau sering diburu lebah
jika tidak mungkin kau akan dipandang hina.
tapi semua itu pandangan manusia yang
mengandai diri mereka adalah si sempurna

Apa yang penting adalah kecantikan dalaman kita
akhlak mengambarkan segalanya
tiada manusia yang layak mengukur kita
kerana tiada siapa yang tahu segalanya
melainkan DIA yang MAHA MENGETAHUI
 akan segenap alam semesta
.....

jika hari ini kau merasakan dirimu
seorang yang GAGAL
dalam apa yang kau usahakan
jangan pernah putus asa
alasannya mudah
disebutkan dalam al quran
Sesungguhnya tidak berputus asa
dengan rahmat dan pertolongan Allah itu
melainkan kaum yang kafir

Aku hanya seorang insan biasa
yang cuba mengingatkan kau
yang mungkin terlupa
akan kehadirannyaNya
dikala kau sedih atau gembira

karya Khairiah khairulazmi
Dipetik dari surah yusof ayat ke87
mohon komen kalau ada yang salah..



No comments: