Friday, 15 January 2016

TRAVEL:Bukit Cahaya with friends.

Assalamualaikum.. akhirnya aku dah habis SPM.. okey,dah basi dah dik oii.. dah tengah bulan januari dah pun.. Jadi apa yang hangpa semua buat sekarang (bayi1998).. Ayat biasa utk budak2 habis SPM ni.. MEREPUT..

Jadi harini aku nak berkongsilah cerita2 hari yang aku tak mereput kat rumah.. Yelah kalau nak cerita kisah proses pereputan aku ni sama je dengan hangpa semua.. tapi betul ke korang mereput sama??
Biarlah.. Baru2 ni aku jalan-jalan dekat shah alam.. dengan kawan2 aku.. something like reunion?? cepat beno reunionnyakan?? kisah apa?? manalah tau..kut2 20 tahun lagi baru dapat jumpa balik..

Ada apa dekat shah alam?? Apa je kau buat??
Kitaorang pergi Bukit Cahaya atau dikenali juga sebagai Bukit Cerakah... Kalau tak tau kat mana hang pi google ya.. Kalau tanya aku memang mengangalah aku nak jawab.. Sesuai untuk kita2 yang tengah menganggur ni.. Sekali masuk RM 3 je.. kalau kat sana aku cadangkan korang berbasikal.. Tak ada basikal?? jangan risau, kat situ boleh sewa basikal.. 1jam=RM10.. serius ni mmg seronok dan bestlah kalau berbasikal kat sana.. tapi tuu lah kalau naik bukit tuu.. payah gaklah.. tapi nak kata ni kat sana mmg banyak bukit.. tgk namapun bukit cahaya.. tp bygkanlah waktu nak turun bukit dik.. Haishh, nikmattt.. Wah jakun jap waktu tuu..

Tapi jangan risau kepada mereka yang tak reti naik basikal.. kat situ ada tram.. dan berita gembiranya.. ia PERCUMA.. Tempat yang wajib korang pergi  adalah Taman Iklim Sederhana 4 musim.. Sekarang ni tengah musim sejuk.. jadi memang berbaloilah.. dah penat2 kita masuk tempat sejuk pula kan?? Suhu dia mmg sejuk yang amat.. and nothing is provided for you (baju sejuk,sarung tangan ,lain-lain).. lepas keluar je dari tempat tuu.. yang pakai spek tuu tak yahlah pakai cermin mata..Kenapa?? Sebab lepas je korang keluar... semuanya "JELAS".. Hahaha.. taklah main-main je.. Yelah dah keluar tuu spek korang kabur gila.. kalau pakai pun tak guna.. tak nampak apapun..

Ada lagi satu tempat yang korang kene pergi Skytrex.. tempat ni kira mcm ada "adventure activity".. tapi tulah kalau korang perlu tempeh secara online.. tak boleh main redah je.. Cubalah!! Ada level2.. nak beginner,intermediate or advance.. Tapi, utk sesiapa yang tak berkesempatan macam kitaorg ni.. just create your own adventure thing.. jadi tajuk aktiviti kitaorg harituu ialah.. MISI MENCARI OREN.. dah maca tajuk cari kucing hilang pulak dah.. hahaha..

Lepastu,petang sikit kitaorang pergi Putrajaya.. jalan2 depan masjid putrajaya tuu..lepastu,kitaorg river cruise.. Wah seronok wa kata sama lu.. First time lah katakan.. waktu macam tuu mmg lawalah nak ambil gambar.. tapi kalau hp atau kamera korang tak lawa sgt bila gelap .. datanglah awal.. naik tengahari punya..berdiri atas kapal (kapal ke?)bajet2 tgh laut.. hehehe.. Tiket masuk RM 30 kalau ada mykad, kalau tak ada RM 50.. Tapi yang mabuk laut tahap serius.. dinasihatkan ..jangan naik.. membazir...

lepas maghrib,mkn malam .. kitaorang pergi I CITY.. tapi waktu ni battery masing2 dah merah dah.. tahap tak larat nak jalan.. jadi ,kesimpulannya ambil2 gambar 2,3 keeping je.. balik tuu semua pengsan tak sedarkan diri..

Terima kasih byk2 kepada semua ahli keluarga hannan.. sebab bawa kitaorang semua jalan2.. serius ni,mmg best.. tapi family hannan suka bagi makan banyak2.. mcm tau je aku suka mkn siap bagi ais krim lg..huhuhu.. thanks a lot.. and to all my dormate.. I hope that we can meet later on 3.3.2016 at seseri.. to hannan .. have a safe journey.. jaga diri,jaga mata, jaga hati..

Assalamualaikum dan selamat petang..
Place is not the importang thing, it's just a memory that we create together..




3 comments:

FAR Z said...

Wau..khai.. Sejak bila ad gene utara pulak ni dok berhangpa hangpa bagai. Hahaha.

FAR Z said...

Wau..khai.. Sejak bila ad gene utara pulak ni dok berhangpa hangpa bagai. Hahaha.

Nur Khairiah said...

saja je .. sekejap2 tukar angin.. kesianlah dekat org yg tak ada dialek ni beb..