Tuesday, 30 December 2014

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN KESAN MARKER PADA DINDING.



Assalamualaikum.. siapa yang ada masalah dengan budak2 yang suka mencantikkan dinding dengan lukisan mereka.. hahaha.. fahamkan?? ke ada yang tak faham.. ermmm.. masa kanak2 kan suka melukis..macam2 lah dilukisnya... hasil karya diorang mesti nak besar.. jadi dinding lah tempat yang menjadi kesukaan mereka...ermmm..alahai..jadi siapa yang merana mestilah ibu bapa... sakit mata tengok hasil kreativiti anak2..heehehehe..

tapi..kisah dinding rumah aku ni lain pula ceritanya... yelah..aku ni manalah ada adik kecil lagi... yang bongsu tu pun dah darjah 5.. kalau dia yang menconteng ..mmg lunyailah dia aku kerjakan.. alkisah bermula di bulan syawal.. satu hari ada orang datang rumah aku bawa pula anak comel2..alahai.. yang sakitnya bila tiba2 salah seorang darinya tertarik menarik kau mmg gebom dekat marker di papan putih rumahku... jadi dia pun meningalkan sebuah memori terindah kat atas dinding rumah aku...huhuhuhu..

jadi nak tahu tak apa rahsianya..senang je tak perlu beli pencuci yang mahal-mahal..cuma gunakan ubat gigi..yaaa..ubat gigi yang kitta semua guna hari2.. apa awak tak pakai ubat gigi?? biar betul!! eeiii..patutlah bau sampai sini..hehehe.. gurau je..
gambar hiasan
nah ni namanya ubat gigi ya anak2.. manalah tau kot2 tak tau ubat gigi tu apa.. hehehe.. suka hati mu lah nak guna ubat gigi apa2 pun semua boleh..yang penting kita cuba dulu..


cara2 nya ialah...ececeh macam chef lah pula..mula - mula  sapu air sikit pada dinding... lepas itu sapu ubatgigi tuu..biarkan lama sikit.. gosok dengan kain.. jeng3,, tengok kesannya.. kalau menjadi eksperimen awak ...jangan lupa komen tau..kalu rasa macam entri niberguna pun komen yaa.. terima kasih dan lagi satu jangan lupa follow okay???

sekian daripada saya..tata..got to go


Tuesday, 23 December 2014

Giveaway untuk Bloggers

Giveaway untuk Bloggers



Assalamualaikum.. awak2.. saya nampak..saya nampak.. ada satu giveaway ni memang terbaiklah..hadiah dia menarik sanagt tau..ada telekung mini tasbih , jam, wang tunai dan macam2 lagilah.. takkan tak nak join..jomlah kita sama2.. zaman sekarang ni bkn senang nak dapat benda free..nak masuk toilet pun kena byr tau.. mana tau rezeki kita kan.. hehehe.. klik sini tau!!

2014 Year End Blog Giveaway!




Assalamualaikum.. petang ni ternampak give away ni.. terasa macam nak join pula.. tgk lah comelkan semuanya.. teringin nak sertai sama..


INI ENTRY TERBAIK 2014


Yaa.. aku nak perasanlah ada entri terbaik.. hehehe..

Thursday, 18 December 2014

Apa bezanya SMK dan SBP(perempuan)



Assalamualaikum..awak semua..oklah..harini..malam ni..sebelum kita masuk pada tajuk kita.. saya nak tanya pendapat ni.. tadi saya baru saja baca dari satu blog yg cakap pasal WW..atau nama penuhnya wordless wednesday... selalunya bg blogger yg kekeringan idea mereka akan letak gambar pada entry hari rabu mereka..dan biarkan  gambar berbicara... ermm korang rasa yang selama ni aku post mcm WW tu ker.. oklah,aku mengaku dengan sejujurnya memang selalu kalau aku nak post entry baru .. mesti aku letak gambar byk dari perkataan2 aku..  sbb aku suka ambil gambar..dan aku rasa aku tak patut bazirkan masa aku ambil gambar2 tuu hanya terperuk dalam fail komputer.. jadi,aku pun mskkan byk2.. jadi,macam mana??korang rasa..gambar2 yg selama ni aku masukkan..membantu tak dalam pencarian korang?? atau korang rasa menyampah tgk gambar2 aku..
jgn lupa komen ya!!!

baiklah berbalik pada tajuk kita pada hari ini..apa perbezaannya sekolah campur dengan sekolah perempuan.. semua ini cuma pendapat aku je tau.. mungkin ada yang tak setuju.. tapi tak apa.. semua orang ada pendapat masing2.. kita mesti dengar pendapat org lain tapi tak semestinya kita perlu terima pendapat dia kan?? dengar jelah.. tak perlu sampai gaduh..ok??

hehehe..maaflah ya..byk pula aku berceloteh malam2 ni..pendapat aku..perbezaannya..kalau sekolah campur pelajar perempuan mesti "cover cun"..betullah..kenyataan ni..bukan bermaksud dia cover cun tu untuk tarik perhatian pelajar lelaki.. atau supaya diorang jadi kegilaan ramai sebab jadi pelajar palaing ayu gituu...NOOOOO!!!!! salah sama sekali..tapidia cover cun supaya diorang nampak mahal.. yelah..sebagai wanita kita kenalah jaga tingkah laku..

tapi bezanya dengan sekolah perempuan sahaja.. kita dekat kelas ..boleh buat sesuka hati... sedikit bebas daripada sekolah campur..yelah cuba korang bayangkan...satu hari tuu..kita(pelajar perempuan) buka beg..lepastu tiba2 ada lipas jalan atas tangan kita.... selalu apa yang akan terjadi.. mestilah kita jerit dulu.. ataupun yang kaki melatah..akan melatah panjang dulukan.. jadi,kalau ini terjadi pada sekolah perempuan..kawan2 kita akan menjerit sama.. dan kelas pun akan jadi macam kumpulan koir.. semua menjerit high pich(suara tinggi ala2 suprano)..jadi kita taklah malu sangat kan.. walaupun kalau kawan kita tak jerit sama pun... alahai,kawan2 perempuan.. tak ada apa sangatlah nak dimalukan setakat jerit2 ni..biasa dah..


tapi apa pula jadi kalau kes macam ni jadi kat sekolah campur... paling kurang pun mesti cerita korang akan bahan bualan hangat sekejap... jadi hot lah kau kat situ.. yelah hot hati kan?? jadi lepas2 tu orang nampak lipas org ingat kau.. terbaiklah kan.. kalau nama orang tu ina..orang kan panjangkan nama kita jadi..INA LIPAS.. mmg popularlah lepastu..lagi2 kalau kes macam tuu jadi di tempat lain selain kelas..macam kantin..tapak perhimpunan..tempat2 yg ramai orang.. malu tak sudahlah..



lagi.. kalau perbezaan dari segi sekolah biasa tuu..yang paling penat bila tgk suasana belajar budak2 SBP..memang tough sangat.. lagi2 bila musim peperiksaan..boleh gila dibuatnya..betul ni..inilah yang aku rasa bila kali pertama aku ambil ujian diagnostik awal tahun dulu.. aku tgk kawan atas katil baca buku..dalam kelas.. semua orang baca buku..mungkin setengah orang dah biasa suasana macam ni..tapi tak untuk aku...aku rasa stress sangat tgk org baca buku..sungguh2 macam tu..yelah aku selama ini..main2 je.. taklah belajar teruk sangat macam tu..cubalah korang bygkan ..itu baru ujian..klau peperiksaan pertenghan tahun dan akhir tahun macam mana pulak?? lagi gila.. tapi,sebenarnya bila lama2..korang akan rasa suasana macam itu lah yang korang perlukan.. sbb secara automatiknya korang pun akan rasa"ehh diorang study lah..apa aku buat ni"..jadi korang pun bkk buku..tapi yang jadi tarak papa tuu bila korang tgk buku..stress sgt..pasti korang putus asa..dan rasa dahlah aku baca buku pun tak masuk apa..lebih baik aku tidur je lagi bagus.. tapi.lepastu korang akan sedar sendiri..kenapa korang ada kat situ.. untuk atasi dugaan macam tuu lah.. jadi korang pun study lah.. mmg diakui sgt benar..budaya belajar dekat sekolah biasa sgt berlainan dengan SBP..

semua orang akan bersaing..tapi tak semestinya diorang kedekut ilmu..take note..yg bestnya..kalau asrama korang akan jumpa kawan2 yg sama pagi petang siang malam..naik jemulah...oppss!!!.. taklah.. jadi kesempatan ni bg korang byk masa untuk berbincang pasal subjek yang korang lemah..
SBP ni semuanya pandai2 sebenarnya tpi ada yang mungkin tak menyerlah je.. tanya jelah kwn2 sekeliling korang tuu..mungkin diaorg boleh tolong kau ke aran jln yg benar..hahaha..aku tak kata sekolah biasa tak pandai tau.. take note..

aku malas nak cakap peluang ke overseas lepas SPM... itu semua rezeki masing2.. tak semestinya org yg dapat pergi overseas je yg berjaya..tak semestinya yg dapat keputusan gempak dalam  SPM akan jadi kaya raya...org nak berjaya spm sebab mungkin dia ada target tertentu dalam hidup dia..contoh..dia dapat 9A+ supaya dapat tajaan MARA/PERONAS dan lain2 untuk tampung perbelanjaan dia belajar di universiti..nanti dia tak perlu byr PTPTN..sesetengah org pikir macam ni..
kita semua ada rezeki masing2.. cuma kita perlu usaha yg terbaik... supaya dapat apa yg kita impikan..dapat tak dapat tuu semua belakang kira...yg penting kita usaha dulu..kalu tak dapat mungkin ada yg lebih baik yang menanti kan?? siapa tau??yg penting usahalah..jgn putus asa..teruskan usaha jgn pandang belakang..walaupun aku bukan siapa2..tapi tak salahkan kalau aku cuba naikkan semangat org lain.. walaupun aku pun selalu tersungkur.. semua org ada jatuh bgn masing2.. jadi kta hidup kat dunia ni..saling sokong menyokong lah ya..

dan siapa2 yang nak mohon asrama tuu.. apa?? korang pilih seseri dalam permohonan korang..betul ke?? tak bkn apa.. apa2 pun kalau nak msk mana sekolah berasrama tekadkan hati ok.. dan kalau korang baca entry aku ni..aku nak ucapkan semoga berjaya.. kalau terpilih untuk ke seseri komen ya..kalu mohon sana pun komen yaa.. oklah goodluck my junior!!! siapkan diri utk dibuli yaa..hahaha.. taklah kami di seseri ni semua baik2 belaka...dahlah cun2 semuanya..oklah masuk bakul angkat sendiri pulak..kalau ada yang berani membuli bgtau aku ok?? nanti aku tolong belasahkan untuk korang..


you can't start the next chapter in your life,

if you keep reading the last one..


 baiklah..cukuplah untuk hari ini..entry paling panjang pernah aku buat..hahaha..jgn lupa komen dan follow ok..assalamualaikum... selamat malam..anyway,aku galakkan korang mohon sbp/mrsm/teknik/vokay..sebab sekolah asrama ni akn ajar korang apa itu kehidupan..
ok....tata

Tuesday, 16 December 2014

Who want to be a pilot ???


Assalamualaikum... hai awak yang sedang membaca.. oklah,balik pada tajuk.. siapa nak jadi juruterbang ataupun dalam BI dipanggil pilot... angkat tangan.. oklah soalan macam masa sekolah rendah pulak.. ohh..ye ni ..sekarang ni di Subang Airport ada buat simulator yang terbuka untuk orang awam.. jadi siapa2 yang berminat bolehlah berkunjung ke sana..
soriler..takde gambar sendiri..semuanya ambil dari mr.google.. kitaorang tak cuba pun..just dengar serba sedikit tentang cokcpit tuu.. baru aku tau serba sedikit tentang kapal terbang..


Siapa yang tak tau macam mana rupanya Subang Airport..Inilah dia.. nak tau lokasinya???.. heh..google sendirilah..

tak silap aku.. ada dua cockpit.. untuk yang ni..masa aku pergi tuu..tgh promosi..


untuk yang ni..yang nampak lebih real macam dalam kapal terbang..



teringin nak rasai bagaimana memandu sebuah pesawat.. 
kunjungilah sekarang..
anda berminat ???
untuk maklumat lanjut 
sila layari laman web..
WWW.SIMFLIGHTKL.COM..

oklah ..itu sahaja untuk hari ini... assalamualaikum..

Wednesday, 10 December 2014

Bukit Tinggi

Assalamualaikum... hello,saya baru balik rumah... mugkin ada yg cakap... tuu pun nak cakap ke?? suka hatilah.. hayya!!! meh2 nak cerita ni.. semalam...

ingat nak balik rumah terus dari kampung ... pastu adik aku pula sibuk nak pergi bukit tinggi..heheh..padahal aku pun teringin nak pergi sana.. ikutkan rancangan kitaorg nak pergi bukit tinggi dengan maklong and family..tapi,tak jadi.. jd kami pun mendaki naik ke bukit tinggi tuu adalah dalam 5 km kitaorg daki...hahaaha.. taklah kitaorang naik kereta..

bayaran masuk murah je..
kanak2- RM4
dewasa-RM 6

ok jom kita meneroka... BEST KE??

tiket..

adik2ku..

bangunan di bukit tinggi..

my family..

permandangan luar..

bawah tuu.. ada kolam angsa ke swan entah..aku taktau namanya..

kami tengok 6D motion..

harga:
dewasa-RM15
Kanak2-RM 12

ada 2 cerita..hantu dan roller coaster..kami pilih roller coaster..
rasa macam nak tergolek dah dibuatnya..


tips:
1. Datang awal
kalau nak pergi sini pastikan anda sampai di bukit tinggi lebih kurang pukul 3 petang cam tuu..
tapi kalau plan nak tidur situ datang petang ..okay..tapi kalau tak nak tidur datang awallah..sebab kalu nak turun dari situ jalan gelap..takder  lampu... bahaya.. kalau tiba2 lampu kereta hangpa semua buat hal..kan naya je..

2.Bawa kamera/smartphone
kalau datang sini sangat rugi kalau tak bawa kamera..tapi kalu tak bawa kamera bawak smartphone korang yang canggih2 tuu pun cukup.. sebabnya tarikan dia kat sini bangunannya yang ala2 dekat luar negara..

3.Tak perlu sweater
Bukit Tinggi tak sesejuk naik cameron highlands/genting highlands.. sejuk dia macam duduk atas bukit biasa je..(pendapat saya)..


siapa ada nak tanya apa2???
boleh komen.. sepantas kilat saya akan balas..hehehe
#metafora

assalamualaikum..


Tuesday, 2 December 2014

WOW!!bestnya masjid ini!!

Assalamualaikum.. hehehe lama kan tak buat entry baru..
okay dipendekkan cerita harini nak citer pasal satu masjid yg buat saya rasa nak duduk lama dalam tuu..
opps..tak bermaksud masjid lain saya rasa nak cabut je lepas habis solat...NOOO!!..TAPI nak cakap yang masjid ni rasanya sangat selesa..rasa macam solat kat rumah sendiri...
walaupun tak luas mana.. tapi tak taulah nak cakap macam mana... tapi best lah..nak tgk gambar??jap ehh..

pandangan atas..rasanya masjid ini baru cat..

depan tandas ..

parking.

ada dua pondok depan masjid ini.


permandangan keseluruhan..

akhirnya..baru saya perasaan kewujudan papan tanda ini..

buat pengetahuan semua nama masjid ini ialah.. MASJID TEMIN.. ada fb tau.. aku baru perasan masa nak keluar masjid.... kat jerantut..
oklah nanti kalau korang singgah masjid ni bagitaulah aku..ok   got to go..assalamualaikum