Saturday, 14 January 2012

kembali ke sekolah

Adui sekolah dah lebih seminggu tapi rasa penat turun naik tangga tetap terasa...Ini baru permulan tahun belum lagi pertengahan tahun kalau tidak mesti lagi sibuk dan letihh,mungkin bulan 2 nanti kitaorang dah mula prep tiap ari isnin dan selasa,pastu pulak rabu kene pergi kokorikulum hari jumaat ngan sabtu pulak kene gi tuisyen..

Inipun baruhabis mesyuarat agong untuk unit uniform,kelab dengan permainan..Aku dilantik menjadi timbalan setiausaha..Hahaha,padahal aku tak pernah pun jadi setiausaha..Dah cikgu nak offer,so terimalah.Orang kata rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Dah cikgu nak bagi takkan nak tolak pula.Tahun ni lebih sibuk lagi sebab sekarang dah tambah kelas ict dan wajib pergi..Tapi cuma masalahnya aku kene datang sekolah pagi..Haish,malas dah aku nak datang pagi sebab dah lama tak datang pagi,tahun lepas datng pagi pun kalau ada kelas prep atau latihan koir kalau tak,tak adanya batang hidung aku kat situ.

Aku cerita ni,macamlah aku ni Perdana Menteri yang kene turun padang untuk tengok masalah rakyat jelata..Hehehe,sebenarnya tak ada lah sibuk mana pun..Okeylah aku nak tidur..Bye..:)

No comments: